TENTANG KAMI
TIGA TERAS UTAMA
PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN
Berkerjasama dengan pelbagai pihak bagi menghasilkan penerbitan serta penyelidikan yang akan memberi manfaat kepada negara dan masyarakat Malaysia
KONSULTASI, LATIHAN DAN MODULE
Mengadakan latihan serta pembentangan module berteraskan kelestarian yang menyentuh semua aspek termasuk pentadbiran serta pengurusan lestari
ADVOKASI DAN PENGANTARABANGSAAN
Melaksanakan program berbentuk advokasi terhadap polisi awam melalui seminar, bengkel dan program serta memberi pendidikan kepada masyarakat tentang kepentingan kelestarian kepada masyarakat Malaysia dan antarabangsa
Aktiviti YSL
Yayasan Strategik Lestari juga sentiasa mengadakan program berbentuk advokasi yang menyentuh isu masyarakat setempat. Kelestarian perlu dipupuk dalam kalangan keluarga dan masyarakat sebagai unit terkecil yang berfungsi sebagai pencetus kepada kelestarian alam dalam Malaysia.
NILAI YAYASAN STRATEGIK LESTARI
74
13
7
5
PENYELIDIK & FELO
PROGRAM
NEGERI
RAKAN KONGSI
RM 150,000
DISUMBANGKAN KEPADA KELESTARIAN
BIDANG KAJIAN
Kelestarian adalah
kewajipan, bukan lagi pilihan.
Menyedari hakikat dunia yang semakin 'tenat' dengan pelbagai kerosakan, maka Yayasan Strategik Lestari memfokuskan segala usaha dan sumber untuk memulakan kajian serta membantu kajian sedia ada yang berkaitan SDG (Sustainablity Development Goals).
Para penyelidik serta felo kami telah terlibat dengan pelbagai seminar, bengkel serta sidang meja bulat berkaitan bidang masing-masing dan kini mereka bersedia untuk menyumbang kembali kepada negara yang tercinta.
