top of page

PEMBERSIHAN PANTAI : USAHA SAMA BERSAMA KPJ RAWANG SPECIALIST HOSPITAL


Kuala Selangor, 11 Mac 2023 : Pantai Remis yang sepanjang 1.8KM ini telah dipilih sebagai lokasi bagi program pembersihan pantai 1.0. Program yang julung kali diadakan diantara KPJ Rawang Specialist Hospital dengan kerjasama Yayasan Strategik Lestari (YSL) serta Rakan Alam Malaysia.

Kerjasama ini merupakan inisiatif dari bahagian keselamatan dan kualiti alam sekitar KPJ Rawang. Program yang bermula dari jam 7.30 pagi sehingga jam 12.00 tengahari ini telah disertai oleh lebih 50 peserta dari pelbagai pihak termasuk beberapa sukarelawan dari para pelajar Sunway Collage.

Yayasan Strategik Lestari telah diwakili oleh Ketua Pengarah Eksekutif, Dr. Mohd Fuad bin Mohd Salleh, manakala, KPJ Rawang Specialist Hospital turut diwakili oleh Ketua Pengarah Eksekutif Encik Ahmad Rafiquddin bin Mohd Amran.

Kedua entiti ini memahami tugas berat yang perlu digalas bersama antara entiti korporate serta entiti 'non-profit' dalam memastikan Sustainability Development Goals (SDG) negara sentiasa diperkasa dan dipertingkatkan. Program ini berjaya mengutip hampir 200kg sampah terutama sampah 3R (Reduce, Reuse, Recycle) yang telah diasingkan untuk dikitar semula. Program ini juga mendapat kerjasama erat dari pihak Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) yang telah menyediakan pelbagai alatan termasuk sebuah tong roro yang digunakan untuk mengumpul semua sampah. Pihak Yayasan Strategik Lestari (YSL) berharap lebih banyak program seperti ini akan dilaksanakan bagi mempromosikan kelestarian alam dan YSL juga bersedia untuk berkerjasama dengan lebih ramai pihak sebagaimana nilai teras kami iaitu 'kebersamaan'.

42 views0 comments
bottom of page