IBRAH 'MAHAL' DARI INSIDEN TANAH RUNTUH BATANG KALI
Kejadian tanah runtuh di kawasan tapak perkhemahan di Batang Kali, pagi tadi berlaku pada cerun buatan atau cerun tambakan jalan di kawasan bukit batuan granit.
Ketua Kluster Alam Sekitar dan Kelestarian, Akademi Profesor Malaysia (APM), Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo, berkata ketika musim hujan, air permukaan yang banyak meresap ke dalam cerun sering menyebabkan kegagalan cerun.
"Berdasarkan maklumat sedia ada, banyak kejadian tanah runtuh berlaku di cerun tambakan sepanjang jalan raya di kawasan bukit atau pergunungan di Malaysia.
"Kebanyakan kejadian menyebabkan kerosakan jalan, ada yang terputus atau separuh runtuh. Lazimnya, tidak menyebabkan kematian kerana tiada penghuni di kaki tanah runtuh. "Bencana kali ini amat malang kerana 'kebetulan' terdapat kawasan perkhemahan sekitar 100 meter di bawah tanah runtuh (30 meter di bawah paras jalan)," katanya Sumber - BH
